2016年4月17日星期日

Langkah-langkah pupuk perpaduan kaum

Ibu bapa boleh mendidik anak-anak agar menghormati dengan kaum lain.Ibu bapa mesti menjadi contoh kepada anak-anak dengan mengamalkan nilai hormat-menghormati terhadap jiran berbilang kaum. Semasa hari perayaan kaum, ibu bapa boleh membawa anak-anak menziarahi rumah jiran tetangga.

Masyarakat hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan ialah nilai bekerjasama dan bertolak ansur. Jika ada wujudnya masalah kaum, pemimpin kaum hendaklah berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pihak sekolah boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan perpaduan kaum secara berterusan. Pihak sekolah juga boleh merancang program yang melibatkan pelbagai kaum di kalangan pelajar sekolah. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah program sukan dan bergotong-royong bagi menceriakan kawasan sekolah.

Pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan program yang boleh memupuk perpaduan kaum. Program Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan program yang baik ke arah perpaduan kaum dan ia mesti diteruskan. Pihak kerajaan juga boleh menangkap individu yang cuba untuk merosakkan perpaduan kaum.